3 years 1 month
Tuesday, May 19, 2015 | 2:29 AM | 0 comments
3 tahun 1 bulan
19 Mei 2015
Selasa
2:29 pagi
Aku pelik sebenarnya dengan diri aku. Apa pula puncanya aku masih tak boleh nak lupakan kau. Entah kenapa. Kalau kau jadi aku, mesti kau dah buang diri kau jauh-jauh kan? Sebab apa guna simpan perasaan dekat orang yang langsung tak perasan akan kewujudan kau.
Tapi aku lain.
Berbeza sangat aku seperti apa yang aku describe dekat atas tu. Ya- kalau boleh aku nak aje buang kau jauh-jauh, fikir pasal kau sekalipun tiada. Tapi aku tak boleh. Tahu kenapa? Entah- sayang sangat dekat kau mungkin? Ada satu keistimewaan kepada manusia yang membezakan kita dengan makhluk-Nya yang lain. Perbezaannya ialah akal. Cumanya manusia kadangkala mereka terlupa mereka ada persamaan dengan makhluk-Nya yang lain sebab mereka fikir mereka istimewa kerana ada akal. Tetapi lupa meletak perasaan. Oleh sebab itu, mereka umpama orang yang tidak berakal.
Tarikh keramat bulan April tanggal 19 tahun 2011 tidak akan lekang dari ingatan. Tarikh dimana kita mulai bersatu hati- tarikh yang sentiasa aku raikan sendirian tanpa kau. Cuba kau letakkan diri kau ditempat aku. Macam mana agaknya? ._.
Aku didesak masuk ke jalan yang buntu. Inikah balasan kepada aku yang tidak pernah cuba untukk jadi berani? Inikah balasan kepada aku yang mempunyai hati batu? Hidup ni kadang-kadang susah. Yang satu kena berkorban dan melepaskan, manakala yang lagi satu pula kena melupakan dan maju kehadapan.
Melupakan bukan pilihan utama aku dan juga tidak mudah bahkah lebih menyakitkan daripada melepaskan seseorang pergi. Terlampau banyak memori dan kenangan bersama yang tersayang- mana mungkin dapat dilupakan. Ambil masa yang lama juga untuk melupakan. Yang pasti; melupakan tidak pernah wujud dalam kamus hidupku.
Happy 3rd years 1 monthsary.
:)